Webmail

Jawatankuasa Pusat dan Pentadbiran sahaja.

e-Pentadbiran

Jawatankuasa Pusat dan Pentadbiran sahaja.

e-Yuran

Semakan dan pembayaran yuran. 

e-Silat

Maklumat diri dan rekod  terkini pesilat PSSSH.

MAKLUMAN!!!

mesyuarat AGONG

Sesi 2025 / 2026

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG BAGI SESI 2025 / 2026


Salam hormat kepada semua ahli PSSSH.


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 17 Ogos 2025 (Ahad)
 Masa: 10.00 pagi
📍
 Lokasi: Dewan Kuliah, Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak


Sehubungan itu, semua jawatankuasa pusat & wakil setiap gelanggan yang dilantik diminta untuk hadir bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat serta penglibatan semua pihak dalam membuat keputusan yang berkaitan.


Diharapkan semua ahli jawatankuasa & wakil gelanggang dapat memberi komitmen sepenuhnya. Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada pihak urus setia.


Sekian, harap maklum.


Salam hormat,

Pengerusi PSSSH

NOTIS MAKLUMAN & PERINGATAN TATATERTIB PESILAT

Perhatian Kepada Semua Pesilat PSSSH 

Salam hormat kepada semua ahli Silat Serimau Hitam,


Adalah diingatkan bahawa setiap ahli diwajibkan untuk menjaga disiplin, mematuhi peraturan, serta mengekalkan akhlak dan integriti diri sebagai pesilat yang beradab. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan tatatertib diambil oleh pihak persatuan.

Pihak persatuan memandang serius sebarang bentuk pelanggaran yang boleh menjejaskan nama baik persatuan, memudaratkan keselamatan, atau menggugat keharmonian sesama ahli.


PERBUATAN YANG DILARANG:

A. Kesalahan Disiplin:

  1. Tidak hadir latihan tanpa alasan kukuh atau tanpa memaklumkan kepada jurulatih.
  2. Melanggar peraturan semasa latihan, perjumpaan atau program rasmi.
  3. Berpakaian tidak sopan atau tidak mengikut etika ketika berlatih atau hadir ke acara persatuan.
  4. Menggunakan ilmu silat untuk menakut-nakutkan, mencederakan atau menindas orang lain.
  5. Menyebarkan rakaman atau gambar latihan tanpa kebenaran rasmi persatuan.


B. Kesalahan Moral dan Tingkah Laku:

  1. Kurang ajar, melawan atau tidak menghormati guru, jurulatih atau ahli senior.
  2. Terlibat dalam pergaduhan, samseng, penyalahgunaan dadah atau aktiviti jenayah.
  3. Menyebarkan fitnah, menghasut, atau mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli.
  4. Mengamalkan budaya tidak sihat seperti berbohong, menipu, mencuri atau berkelakuan tidak senonoh.
  5. Menjalin hubungan tidak bermoral yang menjejaskan reputasi diri dan nama baik persatuan.

⚠️ TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN:

  • Teguran lisan atau bertulis.
  • Amaran rasmi.
  • Penggantungan sementara daripada semua aktiviti persatuan.
  • Larangan menyertai sebarang pertandingan, persembahan atau program rasmi.
  • Pembatalan keahlian secara kekal.
  • Laporan kepada pihak berkuasa sekiranya melibatkan kesalahan jenayah atau keselamatan awam.

📣 PESANAN PENTING:

Setiap pesilat adalah duta kepada seni, warisan dan maruah bangsa. Tingkah laku yang tidak berdisiplin dan tidak bermoral bukan sahaja menjejaskan diri sendiri dan keluarga tetapi juga mencemarkan nama baik seluruh persatuan.

Marilah kita bersama-sama mengekalkan adab, akhlak dan semangat persaudaraan yang luhur dalam perjuangan mempertahankan dan memartabatkan Seni Silat Serimau Hitam.


Sekian, harap maklum dan ambil perhatian.


Yang menjalankan tugas,
Jawatankuasa Disiplin

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SILAT MSSD NEGERI PERAK

SENARAI NAMA PEMENANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Di sertakan senarai nama pemenang  pertandingan silat MSSD Negeri Perak :


DAERAH BAGAN DATOH

SEK. MEN. SAINS TELUK INTAN (SEMESTI)

  1. NUR ALLYANA NATASHA BINTI SHAHARUDIN / NURDHIA ZANDRA BINTI NUROLHELMI @ N. JOHAN TEMPUR PUTERI
  2. MUHAMMAD ALIF FIRDAUS BIN MOHD KHAIRI / FAHMI BIN OTHMAN @ N. JOHAN TEMPUR PUTERA
  3. MUHAMMAD JIBRIL UZAIR BIN ARBAIN @ KE-3 TARI PUTERA

DAERAH KINTA

SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD (TIWA)

  1. NUR DAMIA HUSNA BINTI HAIROL NIZAM / DHIA IRDINA BINTI SAIFUL  AZHAR @ JOHAN TEMPUR PUTERI
  2. NUR DAMIA HUSNA BINTI HAIROL NIZAM / ANNUR RAMADHANIA BINTI ZALMI / NUR SHAHIRAH LIYANA BINTI MOHD SHAHID /            ANIS BATHRISYA BINTI KAMARULLAH @ JOHAN JURUS PUTERI
  3. MOHAMAD RAFIZUDDIN BIN ROHIDAYAD / MUHAMMAD RAFIQQUE PUTRA MOHD SHAHARIFUZ / NAIRIEL UMMAM PUTRA BIN            NAZRI / AHMAD RAYYAN SUFI  BIN AHMAD JUFNI @ JOHAN JURUS LELAKI
  4. MOHAMAD RAFIZUDDIN BIN ROHIDAYAD / MUHAMMAD HAFIZ IZZUDDIN BIN MUHAMAD ZANI @ N. JOHAN TEMPUR PUTERA
  5. NUR UMAIRAH SYAHMINA BINTI KHAIRIL ANUAR @ BUSANA MELAYU PUTERI

  6. SMK ST. BERNADETTE CONVENT

    1. NUR AUNI NASUHA BINTI AHMAD NIZAM / SHARIFAH NURUL SHUHADAH BINTI ABDULLAH @ N. JOHAN TEMPUR PUTERI
    2.  PUTRI NUR ARIESHA BINTI ZAMZURY / NURALISSYA FAREESYA DAMIA BINTI AZUWANI / MAS A'ISYAH BINTI MOHD HAFIZU /               ZUNNURAIN ZAHRA BINTI MOHAMMAD ARIFF BISTARI @ N. JOHAN JURUS PUTERI
    3.  IZZAH DANISHAH BINTI MUHAMMAD MAHADHIR @ KE-3 SENI PUTERI

Tahniah kepada semua pemenang, pihak persatuan mendoakan kecermelangan anda dalam seni silat melayu dan berjaya pada masa hadapan seterusnya mengharumkan nama ibu bapa, sekolah dan persatuan. Terima kasih atas sumbangan anda.


Yang menjalankan tugas,

Jawatankuasa Pentadbiran



​​​​​

PEMILIHAN ATLET ASEAN SCHOOL GAMES (ASG)
NEGERI PERAK
21 - 24 AUG 2025
DEWAN MSN IPOH

12

Days

20

Hours

35

Minutes

25

Seconds

INFO PSSSH

Setiap pesilat yang telah mempelajari dan melepasi satu tahap tertentu akan diuji ketajaman permainannya oleh Jurulatih / Ketua Guru bagi melayakkan pesilat ditauliahkan Bengkung.


BENGKUNG HIJAU – PELANGI MUDA

Pesilat akan diuji oleh Jurulatih / Ketua Guru 

Senaman Pembukaan Serimau Hitam

Asas tumbukan

Asas Sepakan

Lompatan berhalangan (2 orang)

Dua (2) buah pukulan asas kombat


BENGKUNG KUNING – KESATRIA PENCALANG

Pesilat akan diuji oleh Jurulatih / Ketua Guru 

Langkah Serimau Hitam (Lam Alif)

Dua (2) buah pukulan asas kombat

Dua (2) buah permainan asas tangan kosong

Lompatan berhalangan (3 orang)


BENGKUNG MERAH - KESATRIA

Pesilat akan diuji oleh Jurulatih / Ketua Guru 

Tiga (3) buah pukulan kombat

Tiga (3) buah permainan tangan kosong

Dua (2) buah permainan senjata (Kayu)

Lompatan berhalangan (5 orang)


BENGKUNG HITAM I – WALISUCI KELULI I

Pesilat akan diuji oleh Ketua Guru 

Lima (5) buah pukulan kombat

Dua (2) buah permainan senjata (Keris / Golok)

Sparring - 1 lawan 1

Lompatan berhalangan (7 orang)


BENGKUNG HITAM II – WALISUCI KELULI II

Pesilat akan diuji oleh Ketua Guru 

Lima (5) buah pukulan maut kombat 

Tiga (3) buah permainan senjata (Parang)

Sparring - 1 lawan 3

Lompatan berhalangan (9 orang)


BENGKUNG HITAM III – WALISUCI KELULI III

Pesilat akan diuji oleh Ketua Guru 

Lima (5) buah pukulan maut kombat

Tiga (3) buah permainan senjata (Senjata Pilihan Sendiri)

Tiga (3) buah permainan senjata (Senjata Pilihan Ketua Guru)

Sparring - 1 lawan 5

Lompatan berhalangan (11 orang)

Selempang dianugerahkan kepada Pesilat berdasarkan kepada kepimpinan, jasa serta kebolehan pesilat dalam membawa seni silat ke suatu peringkat yang diiktiraf oleh Perguruan.


SELEMPANG HIJAU – HULUBALANG

SELEMPANG KUNING – PENDEKAR

SELEMPANG MERAH - PANGLIMA


SELEMPANG HITAM I – KHALIFAH I

SELEMPANG HITAM II – KHALIFAH II

SELEMPANG HITAM III – KHALIFAH III



Anugerah Tengkolok didalam Persatuan ini dijazahkan kepada Pesilat yang menjadi kepimpinan utama didalam persilatan ini.


TENGKOLOK I 

TENGKOLOK II

TENGKOLOK III



Anugerah Persalinan ini diberikan sebagai tanda Ijazah Tertinggi didalam Persilatan Seni Silat Serimau Hitam dan pesilat yang menerima anugerah ini layak bergelar Guru


PERSALINAN

Adab dan Tatacara Sebelum Memasuki Gelanggang dalam Silat Seni Serimau Hitam

Setiap seni silat mempunyai adab dan tatacara tertentu sebelum memasuki gelanggang. Sebelum memulakan latihan di atas tanah, jurulatih terlebih dahulu hendaklah bertafakur, iaitu dengan meletakkan tangan kanan ke bumi sambil membaca Surah Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selesai bertafakur, jurulatih akan berniat agar semua pesilat dilindungi daripada sebarang mara bahaya sepanjang sesi latihan dan permainan berlangsung. Setelah jurulatih memasuki gelanggang dan menyempurnakan tafakur, para pesilat akan mengikutinyadengan duduk dalam posisi antara dua sujud sambil membaca Surah Al-Fatihah dan selawat Nabi sebanyak tiga kali.


Adab Memasuki dan Menutup Gelanggang

Adab ketika memasuki gelanggang adalah sama dengan adab menutup gelanggang, namun dengan niat yang berbeza. Semasa penutupan gelanggang, jurulatih berniat sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, kerana telah mengurniakan ilmu serta melindungi para pesilat daripada sebarang musibah atau kecederaan yang tidak diingini.


Adab Hormat dalam Silat

Salah satu adab penting dalam silat ialah adab hormat, yang dilakukan sebelum memulakan sebarang majlis atau demonstrasi. Para pesilat hendaklah:

  1. Berdiri tegak dengan kedua-dua kaki dirapatkan
  2. Mengangkat sembah hormat, iaitu dengan merapatkan kedua-dua tangan ke dahi sebagai tanda penghormatan kepada hadirin.

Setiap aliran silat menekankan kepentingan adab hormat sebelum memulakan sebarang pertunjukan atau demonstrasi.


Adab Peluk Tubuh

Adab peluk tubuh dilakukan dalam keadaan berdiri, di mana tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri dan dirapatkan ke dada. Amalan ini bukan sekadar adab, tetapi juga memiliki keistimewaan tersendiri, antaranya:
 Sebagai kaedah menangkis serangan musuh secara spontan.
 Memberikan keyakinan dan keberanian kepada pesilat.
 Membantu pesilat sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang serangan.


Adab Duduk Seni

Dalam Silat Seni Serimau Hitam, adab duduk seni menekankan kekemasan dan kesopanan. Pesilat hendaklah:
 Melipat kaki kanan di atas kaki kiri.
 Meletakkan kedua-dua tangan secara bebas di atas persilangan kaki tersebut.

Kedudukan ini bukan sekadar mencerminkan ketertiban, tetapi juga membolehkan pesilat bangun dengan pantas serta bersedia untuk menghadapi sebarang serangan atau bertindak balas terhadap lawan dengan lebih cekap.

Adat dan Upacara Mandi Limau dalam Silat Seni Serimau Hitam

Silat Seni Serimau Hitam berlandaskan adat, dan adat pula berpaksikan syarak. Oleh itu, setiap individu yang ingin menjadi ahli perlu menjalani upacara mandi limau adat sebagai syarat penerimaan sebagai murid dalam seni silat ini.

Sebagai sebahagian daripada tradisi, bakal murid dikehendaki menyediakan pengkeras dalam bentuk wang tunai. Wang pengkeras ini merupakan hak Mahaguru atau warisnya sebagai tanda ikrar halal-menghalal antara Mahaguru dan murid. Walau bagaimanapun, ia tidak diwajibkan bagi mereka yang kurang berkemampuan.


Upacara Mandi Limau

Pada peringkat permulaan, pesilat baharu diwajibkan membawa:

  • Tiga biji limau
  • Tiga batang jarum
  • Wang pengeras

Dalam upacara ini, Ketua Guru akan membelah setiap biji limau kepada tiga bahagian sambil membaca jampi tertentu. Seterusnya, tiga batang jarum akan digunakan dengan cara dipakukan pada limau.

  • Satu batang jarum akan disimpan oleh Ketua Guru.
  • Dua batang jarum lagi akan diberikan kepada pesilat untuk disimpan.


Tujuan Upacara

  • Mandi limau – Bertujuan membersihkan kekotoran zahir dan batin sebagai persediaan memasuki dunia persilatan.
  • Jarum – Melambangkan ketajaman ilmu dan ketahanan diri, sebagai simbol kekuatan pesilat dalam menguasai ilmu persilatan.


Upacara ini bukan sekadar satu adat istiadat, tetapi juga satu lambang pembentukan jati diri pesilat dalam Silat Seni Serimau Hitam.

Penafian Undang-Undang l Dasar Privasi